New Page 1
 

Hotline : 019 - 574 1786

Toll Free : 1 - 800 - 886 - 786

ANNUSYRAH INSENTIF PROGRAM - Penjimatan & Pendapatan

   

Annusyrahshoppe - Gedung Produk Online-

 

Home

 

MENU



ANUGERAH

Annusyrah Malaysia Sdn Bhd memenangiAnugerah Usahawan MARA Peringkat Negeri Perak.

 

AKAUN BANK

5580 3340 3622

 


 

KILANG

05 - 533 1785

05- 533 5785

 

LIVE RADIO

Bulan Jan 2012

Selasa 3hb 6.15 - 6.45 pm
Selasa 17hb 6.15 - 6.45 pm

Ruangan Download

Warkah CEO

Harga AHLI AIP

Borang Keahlian

[BELI ONLINE] [AYAT ANNUSYRAH] [CARA GUNA] [SENARAI HARGA]


KAEDAH PENGGUNAAN
(Zaba @ Bistari @ A-Mar @ Arbee @ Maedah @ I-Drop @ Hawa @ 30JQ)
BOLEH DICAMPURKAN SEMUA SEKALI PRODUK-PRODUK INI
DALAM SATU CAMPURAN ATAU BEKAS (JIKA PERLU)

 

MINUM

Minum sebanyak mungkin dalam sehari. Semasa minum bayangkan air berkenaan masuk ke dalam saluran darah kita dan sebagainya dan menendang keluar semua kuman, bendasing dan sebagainya melalui proses perpeluhan, buang air kecil dan buang air besar.


Air Annusyrah boleh dikongsi penggunaannya. Contohnya; nasi, gulai, kuih yang dimasak menggunakan Air Annusyrah boleh dinikmati bersama seisi keluarga.

 

MANDI
Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu petang sebelum Maghrib ATAU sebelum azan

    Masukkan air Annusyrah ke dalam gayung mandian yang terakhir dan jirus air berkenaan di atas kepala dan pastikan air rata ke seluruh badan

    (Selepas mandi, badan tak perlu dilap. Biarkan air berkenaan kering di badan)

 

NIAT
(Sebelum Menggunakan Air Annusyrah ;
           Kaedahnya sama sahaja seperti Sebelum Minum, Mandi, Merenjis atau Sebelum Mencampurkan Ke Dalam Makanan, Minuman & Sebagainya)

 

1.       Baca Al-Fatihah (1 x)
2.         Selawat Nabi SAW (3 x)
3.         Lafazkan niat atau hajat secara jelas dan penuh pengharapan
4.         Yakinkan 100% hajat dimakbulkan dengan membayangkan bahawa kita sudah sihat seperti mana yang diharapkan atau gambarkan sebarang hajat dan keadaan seperti yang diinginkan.


SEMUA PRODUK ANNUSYRAH MESTI DIGUNAKAN SELAMA 7 HARI BERTURUT-TURUT (DICAMPUR DALAM MAKANAN, MINUMAN, DIRENJIS PADA PAKAIAN, RUMAH DAN DIBUAT MANDIAN)

 

PERHATIAN :
           Bagi anak-anak atau orang tua yang uzur yang tidak mampu melakukannya sendiri orang dewasa yang sihat boleh tolong memandikan mereka dengan niat kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit mereka (anak2 atau ibubapa yang uzur @ tidak sihat)

 

KADAR PENGGUNAAN AIR PRODUK ANNUSYRAH

Minum sebanyak yang boleh dalam 1 hari selama 7 hari berturut-turut seolah-olah air Annusyrah sahaja yang berada dalam urat saraf badan kita. Selain diminum hendaklah digunakan untuk dicampurkan dalam makanan, minuman, disapu, direnjis pada pakaian, tempat tidur, dalam rumah, keliling rumah dan sebagainya. (Renjisan mengikut ‘arah lawan jarum jam’ atau seperti ‘tawaf di Kaabah’). Kalau tidak mampu menggunakan air Annusyrah sahaja 100% - maka bolehlah dibanyakkan dengan mencampurkan dengan air biasa.
           
            Kadar menggunakan produk ‘Drop’ (50ml & 10ml) sekurang-kurangnya 21 titis bagi sekali penggunaan (bagi 1 cawan, 1 gelas, 1 jag dan seterusnya) atau boleh dipicit terus dari botol – Contohnya 1 hingga 3 kali picitan. Dan kadar penggunaan produk ’I-Drop’ (10ml) - dititiskan 1 atau 2 titis di dalam mata. Kadar kuantiti air yang hendak dicampur dengan produk Annusyrah terpulanglah kepada keyakinan dan kemampuan sendiri. Perlu diingat bahawa yang menyembuhkan penyakit dan sebagainya ialah Allah s.w.t. Kita cuma berikhtiar dan bertawakkal dengan penuh keimanan. Wallahua’alam.

 

KAEDAH MENCAMPURKAN PRODUK

Air Annusyrah hendaklah dituang (bagi produk 500ml) atau dititiskan (bagi produk 50ml) ke dalam air biasa yang telah disediakan samada dalam gelas, jag dan sebagainya – yakni air Annusyrah menimpa BUKANNYA ditimpa. (Air Annusyrah dianggap lebih mulia – oleh itu dari segi adab perlulah ianya di lapisan atas.)

Kekerapan penggunaan dalam sehari – bergantung kepada pengguna. Tidak ada kesan sampingan kerana tiada sebarang bahan kimia dimasukkan ke dalam Air Annusyrah. Air Annusyrah boleh diminum oleh sesiapa sahaja (tanpa mengira umur) samada yang sakit ataupun sihat.
           
Air Annusyrah juga sesuai diamalkan bagi mereka yang sihat untuk tujuan perlindungan awal bagi mengelakkan gangguan makhluk halus dan sebagainya.

 

 

 

www.annusyrahmalaysia.comİPowered ByMyWEBS