New Page 1
Kaedah Rawatan Pinggan Putih [Malay] [English] [Arabic]

   

annusyrahshoppe-Gedung Produk Annusyrah-

 

Home

 




Stokis Login

Username :

Password  :

Lupa Password ?

 Masukkan E-mail Anda


STATUS MEMBER


    STOKIS
:
1
    FREE
:
13
TOTAL
:
14

Akaun Syarikat:

5580 3340 3622

 


 

 

 

 

 

TESTIMONI PENGGUNA ANNUSYRAH

 

MASALAH     Tekanan Jiwa
PENGGUNA Azizah Bt Abd Rahman
PRODUK Rawatan 21 Hari
CARA PENGGUNAAN Minum sambil beristiqamah
TEMPOH KESAN 3 Hari
DIPERKENALKAN OLEH Wan Sakinah Bt Mahmud
Pengkalan Chepa, Kelantan (017-9378284)


HASIL PENGGUNAAN
Dalam mengamalkan air Annusyrah berbagai-bagai ujian, menimpa. Demam sakit sendi, lenguh, lumpuh & tekanan jiwa. Ianya datang secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Selepas sapu & minum air penawar ini selama seminggu saya bermimpi sekumpulan babi mengepung diri saya lalu melarikan diri. Malam berikutnya sekumpulan anjing pula mengejar & mengepung saya sehingga badan menjadi letih, lesu & selepas itu saya terjaga dari mimpi. Selepas semua ini terjadi penyakit dalam diri saya telah beransur baik & pulih seperti biasa.

 
Masalah Mulut Herot
Pengguna Ibu di Terengganu
Produk Angin Ahmar
Cara Penggunaan Minum dan Sapu
Tempoh Kesan 1 hari
Diperkenalkan oleh Zunaini Hj. Yatim, Taman Seri Gombak (019 - 623 9000)


 
HASIL PENGGUNAAN
Ibu saya telah dimasukkan ke hospital lebih kurang 2 minggu kerana penyakit angin ahmar yang menyerangnya. Akibat daripada itu mulut ibu menjadi herot. Setelah mendapat berita itu saya yang berada di Kuala Lumpur terus berikhtiar menghantar produk Annusyrah (angin ahmar) kepada beliau menerusi pemandu bas ekspress ke Trengganu. Sebaik sahaja ibu mendapat produk tersebut beliau terus meminum dan menyapu air angin ahmar tersebut ke mulut beliau tanpa henti. Alhamdulillah petang itu juga mulut ibu yang herot beransur-andur pulih seperti biasa. Kini saya masih meneruskan penjualan produk di sekitar kawasan Seri Gombak, Selayang, Batu Caves dan juga UIA.

 

 
Masalah Ganguan Makhlus Halus (Hasad Dengki)
Pengguna Cik Nor - Lembah Kelang
Produk Zaba
Cara Penggunaan Minum, Renjis dan Mandi
Tempoh Kesan 1 Hari
Diperkenalkan Oleh Menerusi Siaran Radio IKIM


 
HASIL PENGGUNAAN
Alhamdulillah setelah mendapat produk daripada outlet di Kampung Bharu, Kuala Lumpur saya terus berikhtiar menggunakan produk Annusyrah. Sebelum ini puas saya berubat namun hasad dengki orang terhadap diri saya dan keluarga tetap tidak berhenti. Setelah saya mengamalkan meminum, merenjis dan mandi selama 7 hari menggunakan produk Zaba, Alhamdulillah fikiran saya lapang, tenang dan cukup tenteram. Kini saya terus menggunakan produk Annusyrah bukan setakat zaba tapi juga lain-lain produk seperti i-drop dan juga 30JQ.

 

 
Masalah Mata Kabur ( Pakai Cermin Mata )
Pengguna Anak
Produk I-Drop
Cara Penggunaan Titis Ke dalam Mata
Tempoh Kesan 60 Hari
Diperkenalkan Oleh Puan Zarina Mohd Zain, Bandar Baru Sg. Buloh (013-3221943)


 
HASIL PENGGUNAAN
Anak lelaki saya yang berumur 13 tahun telah memakai cermin mata selama 2 tahun iaitu sejak beliau berumur 8 tahun. Setelah diperkenalkan oleh seorang kawan, saya membeli i-drop (ketika itu dikenali sebagai Lil-Uyun) dan menyuruh anak lelaki saya menitiskannya ke dalam mata. Walaupun tidak selalu menggunakannya namun apa yang pasti setelah kira-kira 6 bulan menitiskan i-drop ke dalam mata beliau, suatu hari beliau mendapati tidak perlu lagi memakai cermin mata untuk membaca mahupun menonton televisyen. Semenjak itu saya bertambah yakin dengan produk Annusyrah dan terus mendaftar sebagai stokis Annusyrah dan aktif mengedar produk Annusyrah di kawasan Sg. Buloh.

 

 
Masalah Masalah Tikus Yang Terlalu Banyak
Pengguna Encik Amir Ismail
Produk Zaba
Cara Penggunaan Renjis dikawasan yang berkenaan
Tempoh kesan 1 hari
Diperkenalkan Oleh Encik Amir bin Ismail (MIRI, SARAWAK) 013-9329093


 
HASIL PENGGUNAAN
Masalah tikus yang terlalu banyak terutama di bahagian dapur rumah saya amat memeningkan kepala isteri saya. Suatu hari saya tawakal menggunakan produk Annusrah iaitu zaba dengan merenjiskannya disekitar dinding dapur rumah saya. Keesokan harinya saya tercium bau busuk bangkai. Apabila masuk ke dalam kawasan dapur saya melihat beberapa ekor tikus telah mati. Syukur Alhamdulillah sejak hari itu masalah tikus tidak lagi menghantui fikiran kami sekeluarga. Mulai hari itu saya mula mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah yang sama berkaitan dengan makhluk perosak supaya berikhtiar dengan produk Annusyrah. Mudah-mudahan masalah kita akan selesai.

 

 
Masalah Busung
Pengguna Zaitun Bt Idris
Produk A-Mar, Arbee, Bistari
Cara Penggunaan Minum Sebotol Sehari selama 21 Hari
Tempoh Kesan 21 Hari
Diperkenalkan Oleh Wan Sakinah Bt. Mahmud ,Peng. Chepa (017-937 8284)

 
HASIL PENGGUNAAN
Pada hari ke-21 rasa gatal pada pusat. Saya    menggaru pusat saya & secara tiba-tiba keluar air dari pusat berterusan selama 24 jam.

 

 
Masalah Sakit buah Pinggang
Pengguna Saptuyah Bt. Pafe (019-8281680)
Produk A-Mar, Arbee, Bistari
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh kesan Beberapa hari
Diperkenalkan oleh Tn. Hj. Tajuddin , Petra Jaya, Kuching (019-8876050 / 019-8276050)

 

 
HASIL PENGGUNAAN  
Selepas beberapa hari menggunakan air Annusyrah dengan kaedah rawatan 21 hari penyakit buah pinggang saya hilang.

 
Masalah Angin Ahmar
Pengguna Wan Hussin Awang
Produk A-Mar, Arbee, Bistari, Zaba dan I-Drop
Cara Penggunaan Minum Secara Istiqamah
Tempoh Kesan 1 Hari
Diperkenalkan oleh Wan Sakinah Bt Mahmud , Peng. Chepa (017-9378284)


HASIL PENGGUNAAN
Selepas meminum air Annusyrah saya pengsan lebih kurang 5 minit. Selepas dititiskan i-drop (Lil-uyun) ke dalam mulut, saya kembali sedar dari pengsan.Tangan saya menggeletar & mulut  mengeluarkan buih. Selepas kejadian itu saya terus mengamalkan produk ini & memperolehi ketenangan rohani & jasmani. Malah banyak perkara berlaku tanpa diduga.  

 
Masalah HIV
Pengguna Adnan B. Abd Ghani
Produk A-Mar, Arbee, Bistari & Zaba
Cara Penggunaan Minum 5x Sehari bermula dengan Zaba & Seterusnya satu persatu
Tempoh Kesan 7 Hari
Diperkenalkan Oleh Wan Sakinah Bt. Mahmud, Peng. Chepa (017-9378284)

 

 

HASIL PENGGUNAAN 
Batuk beransur pulih,muntah 3x (muntah berwarna hitam & bau yang busuk). Kini keadaan  saya pulih hampir 80%.

 
Masalah Barah Kelenjar Pangkal Rahim
Pengguna Puan Sabariah Hj. Hamid (012 - 417 5530)
Produk Bistari & Zaba (500 ml)
Cara Penggunaan Minum Berterusan Selama 7 Hari
Tempoh Kesan 7 Hari
Diperkenalkan Oleh Annusyrah Malaysia Sdn. Bhd. melalui Radio IKIM

 

HASIL PENGGUNAAN
Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star sahkan kak terkena barah kelenjar pangkal rahim dan perlu dibedah. Dalam tempoh 10 hari sebelum dibedah kak mengamalkan minum air Annusyrah (Bistari & Zaba). Semasa minum malah  hampir setiap masa kak bayangkan 5 biji ketulan yang ada dipangkal rahim kak itu pecah dan hancur. Tiba masanya kak dibedah doktor sahkan tidak ada ketulan.  Selepas buat lawatan susulan berkaitan pembedahan tersebut pada 14hb April 2008 doktor sahkan kak sebenarnya tidak mengidap barah – syukur Alhamdulillah. Pada masa yang sama kak juga ada masalah lain iaitu kak mengalami masalah pendarahan. Masalah turun darah ni dah hampir 3 bulan kak alami. Doktor minta maaf tak dapat tolong, suruh kak ikhtiar cari alternatif lain sebab tiada ubat di hospital untuk hentikan pendarahan kak. Namun Alhamdulillah selepas kak mengamalkan minum air Annusyrah pada sebelah pagi, keesokannya masalah pendarahan kak terus hilang. Tiada lagi darah turun.  Kini kak giat memberi sokongan moral kepada mereka yang bermasalah serta penyakit kritikal untuk berikhtiar  berubat dengan air keberkatan Al-Quran iaitu air Annusyrah.

 

 
Masalah Sakit Bengkak Hati / Sakit Jantung (perlu dibedah)
Pengguna Encik Noorizan (Kuala Lumpur)
Produk 30 JQ
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh Kesan 10 Hari
Diperkenalkan Oleh Puan Sabariah Hj. Hamid , Alor Star (012 - 417 5530)


                                        

HASIL PENGGUNAAN
Encik Noorizan (pesara jab pendidikan) dari Kuala Lumpur mengidap pelbagai jenis penyakit – darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, bengkak hati dan sakit jantung (perlu dibedah).  Selepas mengamalkan minum air Annusyrah selama beberapa hari semboh sepenuhnya dan mampu buat kerja yang tidak boleh dibuat sebelum ini seperti memandu kereta dan sudah boleh berjalan tanpa rasa sakit dan bisa-bisa seperti sebelumnya. Sakit jantung pun tidak perlu dibedah lagi.

 
Masalah Sakit Kepala Yang Berterusan (Selama hampir 20 Tahun)
Pengguna Tuan Hj. Marali Kadri
Produk 30 JQ, Bistari, Maedah
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Annusyrah Malaysia Sdn Bhd (Melalui Radio IKIM)

                       
                                                 

HASIL PENGGUNAAN
Masalah sakit kepala yang teramat sangat apabila ianya menyerang. Puas berubat cara moden dan tradisional seeprti bekam, urut. Mac 2008 dengar pasal Annusyrah di radio IKIM – mula berikhtiar dengan Annusyrah. Alhamdulillah penyakit sembuh dan mula boleh keluar rumah sejak dari itu.

 
Masalah Demam Chinkungunnya
Pengguna Hamba Allah
Produk 30 JQ & A-Mar
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh Kesan 2 Hari
Diperkenalkan Oleh Ustaz Hamezah Bin Husin, Skudai Johor - 0197502072

 

 

HASIL PENGGUNAAN
Saya, seorang guru di Skudai, Johor. Emak saya kena penyakit demam chikungunnya baru-baru ini (bulan 11/2008). Malamnya saya berikan beliau produk 30JQ dan Angin ahmar (setelah disyorkan oleh kawan saya Ustaz Hamezah. Beliau minum dan mandi air tersebut selama 2 hari. Saya terkejut, selepas itu beliau sudah boleh bangun dan beritahu saya bahawa dia sudah ok, sihat. syukur Alhamdulillah.

 

 
Masalah Anak Murid Nakal
Pengguna Hamba Allah (Ustazah)
Produk 30 JQ
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh Kesan 1 Hari
Diperkenalkan Oleh Ustaz Hamezah Bin Husin , Skudai (019-7502072)

              
                                                 

HASIL PENGGUNAAN
Saya mengajar mengaji seramai 20 orang anak murid – ada yang baik tapi ramai juga yang nakal. Saya terfikirkan air annusyrah yang dijual oleh kawan saya, lalu saya menggunakan air 30JQ dan beri minum kepada anak murid saya. Esoknya Alhamdulillah mereka tidak nakal lagi serta mendengar kata-kata saya.

 

 
Masalah Sakit Dada, Gusi Berdarah & Bernanah
Pengguna Puan Salmah Masir
Produk Maedah (Sakit Dada) I-Drop (Gusi Bernanah & Berdarah)
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan 10 Minit
Diperkenalkan Oleh Puan Salmah Nasir , Kluang , (016-7894948)

            
                                                 

HASIL PENGGUNAAN
Pada suatu malam dada saya berasa sakit yang teramat sangat dan sesak nafas hingga tidak boleh tidur. Saya teringatkan produk  maedah lalu minum air tersebut serta menyapukannya ke dada. Sebelum itu saya membaca Al-Fatihah dan berselawat sebanyak 3 kali serta berniat untuk sembuhkan sakit sesak nafas saya. Alhamdulillah, sesak nafas saya hilang dalam tempoh 10 minit dan saya tertidur sehingga ke pagi. Kemudian dengan tidak semena-mena pula gusi saya  bernanah dan berdarah tidak berhenti-henti. Saya ikhtiarkan dengan i-drop dan darah tidak keluar lagi manakala nanah pun berhenti. Saya memang yakin dengan Annusyrah.

 

 
Masalah Kepala Terasa Berat (Bila Sujud Dalam Solat)
Pengguna Puan Salmah Nasir
Produk Arbee
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Sehari Semalam
Diperkenalkan Oleh Puan Salmah Nasir , Kluang

                   
                                                 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Saya terasa sakit kepala yang teramat sangat apabila sujud dalam solat (seperti ada batu bata di atas kepala saya). Saya amalkan arbee – seperti biasa sebelum minum saya baca Al-Fatihah dan berselawat nabi sebanyak 3 kali serta memasang hajat. Selepas minum kepala saya terasa semakin sakit sehingga saya tertidur. Lepas bangun daripada tidur keesokan paginya kepala saya terasa ringan dan sampai sekarang kepala saya tidak sakit lagi

 

 

 

Masalah Gatal - Gatal kulit
Pengguna Arif Asmawi Bin Yaacob (Anak Saudara)
Produk Minyak Habatus Sauda
Cara Penggunaan Sapu di kulit yang gatal
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Arif Asmawi Bin Yaacob , Kepong (0192662661, 0193149106)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Anak saudara saya mengalami sakit gatal-gatal di kulit. Sudah banyak ubat moden dan tradisional telah diiktiarkan namun tidak juga berhasil. Setelah disapu dengan minyak ANNUSYRAH (Minyak habatus Sauda), Alhamdulillah gatal-gatal tersebut hilang malah penyakit kulit sudah tidak ada lagi sehingga sekarang.

 

 

Masalah Temuduga Kerja
Pengguna Hamba Allah
Produk Bistari
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Sehari
Diperkenalkan Oleh Arif Asmawi Bin Yaacob , Kepong (019-2662661 / 019-3149106)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Seorang kawan (hanya mahu dikenali sebagai hamba Allah) mendapat panggilan temuduga bagi kerja baru. Saya mengsyorkannya meminum air Bistari sebelum menghadiri temuduga tersebut. Beliau menurut dan meminum sebelum sesi temuduga dijalankan. Alhamdulillah, berkat air keberkatan Al_quran Annusyrah serta berikhtair akhirnya beliau berjaya dalam temuduga tersebut dan memperolehi kerja yang dipohon itu.

 

 

Masalah Hati Resah Gelisah
Pengguna Hamba Allah
Produk Zaba
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Arif Asmawi bin Yaacob , Kepong ( 019-2662661 / 019-3149106)

                                                

 

HASIL PENGGUNAAN :
Ibu mertua sepupu saya (tidak mahu dikenali) telah mengalami gangguan dan hatinya sering gelisah. Telah banyak tempt perubatan yangt elah beliau kunjungi namun masih belum menunjukkan hasil. Setelah diberi minum air Annusyrah (Zaba), Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih malah rasa terganggu dan gelisah sudah tidak ada lagi.

 

 

Masalah Demam, Batuk, Selsema dan Sakit Mata
Pengguna Arif Asmawi Bin Yaacob (Anak Anak)
Produk Zaba, Maedah & I-Drop
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Arif Asmawi bin Yaacob , Kepong ( 019-2662661 / 019-3149106)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Anak-anak yang agak susah untuk makan ubat klinik apabila demam, saya beri mereka minum zaba, manakala untuk batuk saya berikan maedah manakala untuk sakit mata saya titiskan ke dalam mata mereka  dengan i-drop. Alhamdulillah kesannya penyakit mereka tidak berlarutan dan sembuh seperti sediakala. Oleh yang demikian setiap kali mereka mengalami sakit seperti demam, selsema, batuk dan sakit mata saya hanya berikan mereka air Annusyrah sahaja.

 

 

 

Masalah Sering Ternampak Kelibat Hantu
Pengguna Puan Patimah (Sg, Lembing, Pahang)
Produk I-Drop & Zaba
Cara Penggunaan I-Drop -titis di mata, Zaba - Minum dan Mandi
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Pn. Wan Azizah Bt. Hj Wan Yusoff - 019-9096136

 

HASIL PENGGUNAAN :           
Puan Patimah sering ternampak kelibat hantu di kawasan rumahnya. Setlah mendengar masalahnya saya mengsyorkan agar beliau menggunakan i-drop (titis di mata) dan zaba (minum & mandi). Alhamdulillah selepas itu beliau tidak nampak kelibat hantu lagi.    

 

 

Masalah Paru - Paru Berair
Pengguna Puan Hamidah (Rumbia, Alor Gajah, Melaka)
Produk Maedah
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Pn. Siti Zabedah Bt. Tambi , Masjid Tanah (019-681 4864)

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Suami Puan Hamidah mengidap penyakit paru-paru berair. Perlu bedah tapi kata doktor peluang untuk berjaya dalam pembedahan hanyalah 50 – 50 sahaja. Saya  mengesyorkan beliau membelikan maedah untuk suaminya minum. Alhamdulillah setelah di “scan” doktor maklumkan tak perlu dibedah lagi kerana paru-paru yang berair itu telahpun kering, sudah pulih seperti biasa.

 

 

 

Masalah Gusi Bengkak & Bernanah
Pengguna Pn Siti Zabedah
Produk Arbee (500ml)
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan 3 Hari
Diperkenalkan Oleh Pn. Siti Zabedah Bt. Tambi , Masjid Tanah (019-681 4864)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Gusi saya bengkak & bernanah dan sakit yang teramat sangat. Saya terus teringatkan produk Arbee dan meminumnya sebanyak 5 penutup botol (500ML) dalam sehari. Alhamdulillah dalam masa 3 hari gusi saya baik seperti sediakala.

 

 
Masalah Bayi Demam Kuning
Pengguna Azri Bin Rozelan (Bayi)
Produk A-Mar & Maedah
Cara Penggunaan mandi
Tempoh Kesan 3 Hari
Diperkenalkan Oleh Annusyrah Malaysia Sdn Bhd

 

HASIL PENGGUNAAN :
Isteri saya baru melahirkan anak perempuan yang disahkan oleh doktor mengalami penyakit jaundice (demam kuning). Saya menelefon Annusyrah bertanyakan produk apa yang saya boleh ikhtiarkan untuk masalah ini. Saya disyorkan menggunakan produk Angin Ahmar dan Maedah dengan cara memandikannya. Selepas 3 hari berikhtiar Alhamdulilah kuning itupun hilang. Bayi saya sembuh seperti biasa TERIMA KASIH ANNUSYRAH.                                       

 
Masalah Masalah Rumahtangga
Pengguna Puan Kamilah
Produk 30 JQ
Cara Penggunaan Minum dan Mandi
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Azri Bin Rozelan, Tasek Ipoh (0165432100)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Suami puan Kamilah merupakan seorang penagih dadah. Beliau jarang berada di rumah serta mengabaikan rumahtangganya. Puan Kamilah menghubungi saya setelah dirujuk oleh syarikat Annuyrah. Setelah mengamalkan produk 30JQ tidak lama kemudian saya dimaklumkan oleh puan Kamilah bahawa suaminya kini Alhamdulillah sudah beransur pulih dan tidak lagi seperti dulu (dulu beliau agak kurang bertanggungjawab terhadap rumahtangga). Kini, puan Kamilah masih terus mengamalkan  produk Annusyrah terutama sekali untuk kebahagiaan rumahtangganya. Beliau sangat bersyukur kerana telah diperkenalkan dengan produk Annusyrah.

 

 

Masalah Kanser darah (Leukimia)
Pengguna Puan Norliza
Produk 30 JQ
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Seminggu
Diperkenalkan Oleh Azri Bin Rozelan , 016-5432100

 

HASIL PENGGUNAAN :

Anak Puan Norliza telah disahkan mengalami kanser darah ataupun Leukimia. Setelah menjalani proses kemoterapi anak berkenaan tidak lalu makan malah mengalami muntah-muntah serta cirit-birit. Saya mengesyorkan agar anak ini diberi minum produk 30JQ. Selama seminggu beliau menggunakan produk ini untuk anaknya. Alhamdulillah, kini anaknya sudah berselera makan, tidak lagi muntah-muntah dan ciirit-birit. Kini puan Norliza sekeluarga terus mengamalkan  meminum air Annusyrah dan amat berpuashati dengan produk Annusyrah

 

 
Masalah Anak Degil
Pengguna Hamba Allah
Produk Zaba
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Puan Desweti Osman (Parit Buntar, Perak) 0125805875

                          

 

HASIL PENGGUNAAN :
Seorang hamba Allah (tidak mahu dikenali) mempunyai 3 orang anak remaja lelaki dan masing-masing membawa haluan sendiri setelah tamat persekolahan. Apabila mereka pulang bercuti hamba Allah ini masukkan produk Zaba ke dalam masakan (seperti nasihat saya) dan memberi anak-anaknya  makan. Alhamdulillah, kini anak-anak beliau semuanya telah kembali kepangkuan beliau  dan membantu dalam perniagaan beliau. Malah  salah seorang anak beliau telahapun mempunyai perniagaan sendiri.

 

 
Masalah Sakit Angin Ahmar
Pengguna Puan Zaiton
Produk A-Mar & I-Drop
Cara Penggunaan Minum dan Titis
Tempoh Kesan 2 Bulan
Diperkenalkan Oleh Azri Bin Rozelan, Ipoh 016-5432100

 

HASIL PENGGUNAAN :
Puan Zaiton, mengalami sakit angin ahmar setelah menggunakan produk angin ahmar dan i-drop selama 2 bulan Alhamdulillah sakitnya telah berkurangan dan matanyapun menjadi lebih terang. Kini beliau telah boleh memandu seperti biasa seperti dahulu. Terima kasih Annusyrah!

 
Masalah Hilang Ingatan
Pengguna  
Produk Bistari, I-Drop, A-Mar, Hawa, Arbee
Cara Penggunaan Minum, Mandi, Sapu dimuka dan titiskan I-Drop di mata
Tempoh Kesan 1 Hari
Diperkenalkan Oleh Khuzainah Binti Omar , 012-7315983

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Anak perempuan saya yang berumur 20 tahun hilang ingatan selepas jatuh daripada basikal. Saya guna produk Annusyrah untuk merawatnya. Kesemua produk (kecuali i-drop)saya campurkan ke dalam satu bekas khas @ jag sebanyak 21 titis setiap satu produk. I-drop saya titiskan ke dalam mata dan telinga anak saya. Kesemua produk yang saya campurkan tadi saya gunakan untuk beri minum dan mandikan anak saya. Alhamdulillah keesokan harinya anak saya sudah pulih ingatan.

 
Masalah Gusi Bengkak
Pengguna Hamba Allah
Produk Arbee 500 ml
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan 3 Hari
Diperkenalkan Oleh Puan Siti Zabedah Binti Tambi . (019 681 4864)

 

HASIL PENGGUNAAN :
Gusi bengkak, bernanah @ bisul dan sakit yang teramat sangat. lantas saya teringatkan produk annusyrah (arbee). Saya minum air Arbee 500 ML sebanyak 5 penutup botol berkenaan sehari sebanyak 5 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. Alhamdulillah sakit bengkak gusi saya terus hilang selepas itu.

 
Masalah Tonsil
Pengguna Kanak kanak 9 Tahun
Produk Drinking Water
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan 1 Minggu
Diperkenalkan Oleh Puan Khuzainah Binti Omar, Pontian (012-7315983)

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Masalah tonsil, diberi minum drinking water Annusyrah, Alhamdulillah dalam masa seminggu hilang tonsilnya.

 

 
Masalah Tiada Zuriat ( Selepas 4 tahun Berkahwin)
Pengguna Cikgu Siti Zubaidah -33 tahun
Produk Zaba
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan 4 Bulan
Diperkenalkan Oleh Puan Khuzainah Binti Omar, Pontian (012-7315983)

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Ikhtiar dengan meminum air zaba selama 4 bulan, Allhamdulillah selepas 4 bulan saya telah disahkan mengandung oleh doktor.

 

 
Masalah Hepatitis B
Pengguna Cikgu Mokhtar Bin Harun
Produk Arbee & Zaba (50ml) , I-Drop & Drinking Water
Cara Penggunaan Minum & Basuh muka, I-drop titis ke mata
Tempoh Kesan 7 Hari
Diperkenalkan Oleh Puan Khuzainah Binti Omar, Pontian (012-7315983)

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Menderita sakit Hepatitis B. Perut buncit & badan jadi warna kuning. Amalkan minum kesemua produk 50 ML tadi (dititiskan sebanyak 21 titis ke dalam drinking water dan selebihnya basuhkan muka. Selepas mengamalkannya keesokan harinya perutnya kempis manakala bacaan untuk kuningnya turun mendadak daripada 700 ke 466. Selepas mengamalkannya selama 7 hari maka penyakitnya semakin sembuh.

 
Masalah Gangguan Makhluk halus
Pengguna Hajjah Fatimah
Produk Zaba, Bistari, Ahmar & I-Drop
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Seminggu
Diperkenalkan Oleh Encik Mohamad Taufik Bin Ismail , 012-7964224

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Saya, Puan Hajjah Fatimah menggunakan produk Zaba, Bistari, Ahmar dan i-drop kerana merasakan diganggu oleh makhluk halus. Selepas menggunakannya selama seminggu nampak saya nampak kepulan asap keluar ditepi cermin rumah saya. Manakala selepas waktu Maghrib  hari tersebut asap tersebut keluar pula daripada rumah saya.

 
Masalah Ketenangan
Pengguna Encik Mohamad Taufik
Produk Ahmar, Arbee, Bistari & I-Drop
Cara Penggunaan  
Tempoh Kesan  
Diperkenalkan Oleh Encik Mohamad Taufik Bin Ismail -0127964224

 

HASIL PENGGUNAAN :
Selepas menggunakan kesemua campuran produk di atas, syukur Alhamdulillah hilang rasa gemuruh  dan beroleh ketenangan hati, manakala mendapat mimpi yang baik-baik selepas menggunakan produk tersebut.

 
Masalah Sakit Buah Pinggang
Pengguna Hamba Allah
Produk Maedah
Cara Penggunaan Minum & Mandi
Tempoh Kesan Segera
Diperkenalkan Oleh Puan Che Assimah Bt. Chik , K.Trengganu -0199296207

 

HASIL PENGGUNAAN :
Saya mengalami sakit buah pinggang. Satu hari jiran saya, Puan Che Assimah telah menghadiahkan saya 1 botol produk Maedah(50ML) daripada syarikat ANNUSYRAH kepada saya untuk ikhtiar mengubat penyakit sakit buah pinggang saya. Bila saya amalkannya saya nampak ada perubahan pada diri saya. Kemudian saya beli satu lagi produk berkenaan setelah melihat perkembangan positif penyakit saya. Sekarang doktor telah sahkan bahawa saya tidak lagi mengidap penyakit buah pinggang – syukur Alhamdulillah.

 
Masalah Melecur terkena Minyak Panas
Pengguna Puan Che Assimah Bt. Chik (Anak)
Produk Zaba
Cara Penggunaan Sapu
Tempoh Kesan Segera
Diperkenalkan Oleh Puan Che Assimah Bt. Chik, K.Trengganu - 0199296207

 

 

HASIL PENGGUNAAN :
Anak saya terkena minyak panas dan melecur tangannya. Saya gunakan Zaba dan sapu ditempat yang terkena minyak panas. Kesannya sungguh menakjubkan. Sedikitpun tiada kesan melecur ditangannya.

 
Masalah Demam
Pengguna Puan Che Assimah Bt. Chik (Anak)
Produk Zaba
Cara Penggunaan  
Tempoh Kesan Setengah Jam
Diperkenalkan Oleh Puan Che Assimah Bt. Chik, K.Trengganu - 0199296207

 

HASIL PENGGUNAAN :
Anak saya demam. Saya gunakan air Zaba bagi dia minum, Alhamdulillah tak sampai setengah jam dia sudah sihat kembali.

 
Masalah Barah Payu Dara
Pengguna Hamba Allah
Produk Zaba
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Segera
Diperkenalkan Oleh Puan Che Assimah Bt. Chik, K.Trengganu - 0199296207

                          

                                               

HASIL PENGGUNAAN :
Ibu saya mengidap penyakit barah payu dara dan perlu menjalani pembedahan. Jiran saya (Puan Che Assimah) mengesyorkan agar ibu saya diberi minum dengan air Zaba, Alhamdulillah penyakitnya sembuh dan sampai sekarang beliau sihat walafiat.

 
Masalah Alahan Kehamilan & Selusuh Bersalin
Pengguna Puan Siti (016-6486483)
Produk Hawa
Cara Penggunaan Minum
Tempoh Kesan Sebulan
Diperkenalkan Oleh Azri Bin Rozelan, Tasek Ipoh - 0165432100

 

HASIL PENGGUNAAN :
Saya mengamalkan meminum air annusyrah iaitu air HAWA sepanjang proses kehamilan bagi menjaga kesihatan diri saya dan juga bayi dalam kandungan serta juga sebagai selusoh bersalin. Alhamdulillah saya bersalin dengan selamat dan amat mudah sekali.

 

 

 

 

 

                                 
                                                 

 

 

 

www.annusyrahmalaysia.com©powered by jaringan usaha