New Page 1
Kaedah Rawatan Pinggan Putih [Malay] [English] [Arabic]

   

annusyrahshoppe - Gedung Produk Annusyrah-

 

Home

 




Stokis Login

Username :

Password  :

Lupa Password ?

 Masukkan E-mail Anda


STATUS MEMBER


    STOKIS
:
1
    FREE
:
13
TOTAL
:
14

Akaun Syarikat:

5580 3340 3622

 


 

 

 

 

 

TESTIMONI

 

 

Halaman : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

DRINKING WATER BANTU LANCARKAN HAFAZAN

Negeri: Ipoh, Perak. Saya, Mohamad Luqman Hafiz bin Mazlan (21 tahun) merupakan pelajar Maahad Tahfiz, Negeri Perak. Saya mula amalkan meminum air drinking water ANNUSYRAH selepas terlibat secara langsung dengan program tilawah 30 juzuk Quran di Kilang Annusyrah di Tambun Perak. Progrsm ini di bawah bimbingan Y.Bhg. Al Fadil Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan. Sehingga sekarang saya masih amalkan meminum air Annusyrah setiap kali sebelum sesi hafazan saya. Terkini, saya terpilih menjuarai program hafazan bagi kategori 1 - 20 juzuk sempena Majlis Hafazan Peringkat Negeri Perak dan seterusnya akan mewakili Negeri Perak bagi peringkat Kebangsaan pula. Syukur Alhamdulillah.

Mohammad Luqman Hafiz - 012 4382147

 

I-DROP HILANGKAN GATAL-GATAL DI MATA

Negeri: Gombak, Kuala Lumpur. Saya, encik Ahmad mula menggunakan produk i-drop ANNUSYRAH setelah tercari-cari produk yang sesuai. Saya pernah berikhtiar menggunakan produk mata jenama lain namun kurang berkesan. Saya dapatkan produk i-drop ini di kawasan rehat genting sempah pada bulan Mac 2010 yang lalu (kebetulan saya berhenti rehat di situ). Saya titiskan 1 - 2 titis produk ke dalam mata saya. Walaupun baru sebulan saya menggunakan i-drop mata saya kini sudah berasa agak selesa. Kini saya masih terus menggunakan i-drop.

Encik Ahmad bin Mohd. Yunus - 019 2525931

 

ASY-SYIFA 200ML KEMBALIKAN ANAK KE ASRAMA SEKOLAH

Negeri: Tambun, Perak. Anak jiran saya berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh tahun ini (2010) namun asyik nak balik ke rumah sebab rindu teringatkan keluarga dirumah. Setelah beliau diberi minum air asy-syifa 200ML sebanyak 7 botol selama 7 hari berturut-turut, anak tersebut kini sudah boleh tinggal di asrama. Alhamdulillah... ibu sudah tidak risau lagi dengan perangai anaknya.

Puan Norbanun binti Mat Ali - 05-5456501

 

18 TAHUN BERCERMIN MATA SEMBOH DENGAN I-DROP

Negeri: Bukit Berangan, K. Trengganu. Saya menghidap masalah rabun jauh dan telah menggunakan cermin mata selama 18 tahun. Sejak saya menggunakan produk ANNUSYRAH (I-DROP)saya tidak pakai cermin mata lagi. Kawan-kawan bertanya produk apa yang saya pakai. Selain itu saya juga mengalami masalah tidak boleh terkena air cond kereta, masalah gastrik, sakit urat saraf, migrain dan lain-lain lagi. Setelah berikhtiar menggunakan produk-produk ANNUSYRAH (A-MAR, ZABA, BISTARI, MAEDAH DAN HAWA) penyakit-penyakit tersebut telah banyak semboh. Begitu juga masalah tidak boleh terkena air cond kereta juga semboh. Syukur Alhamdulillah.

Puan Aizam bte. Awang - 019 9874189

 

IKHTIAR ZABA UNTUK DEMAM PANAS

Negeri: Setapak, Kuala Lumpur. Anak saudara lelaki saya berumur 25 tahun mengalami demam panas yang teruk sebelum berangkat ke Mesir. Penerbangannya sudah tidak lama lagi dan saya perlu menghantarnya ke airport untuk "check in". Di rumah, Saya ikhtiarkan dia dengan produk zaba drop dititiskan ke dalam sebaldi air yang dicampurkan dengan ketul ais di dalamnya. Setelah didoakan, air bercampur ketul ais tersebut dituamkan ke kepalanya. Alhamdulillah tidak berapa lama selepas itu beliau pulih daripada demamnya.

Puan Nurhayati Dit - 012 2321645

 

MINYAK HABATUS SAUDA, A-MAR & ZABA PULIHKAN KECEDERAAN YANG SERIUS

Negeri: Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada tahun 2008, saya telah mengalami retak tulang dikaki dan di buku lali yang tercedera akibat jatuh daripada tangga yang agak tinggi. Saya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan dikehendaki membayar RM10,000.00 untuk dimasukkan besi di dalamnya.Dengan kecederaan ini saya tidak dapat menjalankan tugas sebagai guru kerana tidak dapat berjalan selama 3 bulan dan terpaksa menggunakan bantuan tongkat selama lebihkurang 5 bulan. Saya berjumpa dengan kawan yang kemudiannya mengesyorkan agar saya berikhtiar dengan produk ANNUSYRAH iaitu (Minyak Habatus Sauda, A-mar dan Zaba). Alhamdulillah selepas menggunakan produk-produk di atas selama lebihkurang sebulan kecederaan di kaki beransur pulih dan apabila di x-ray, doktor agak terkejut kerana kecederaan tersebut pulih sepenuhnya walaupun sebelum ini kecederaan yang dialami agak teruk.

Cikgu A'fifah Haji Salleh - 017 4016167

 

AIR TILAWAH 1500ML IKHTIAR UNTUK MENGANDUNG

Negeri: Setapak, Kuala Lumpur. Seorang pelanggan saya berumur pertengahan 30 tahun sudah 9 tahun berkahwin namun gagal beroleh zuriat. Setelah amalkan minum sebanyak 3 botol air tilawah Alhamdulillah perut terasa amat selesa dan kini telah mengandung 4 bulan. Seorang lagi pelanggan saya turut amalkan minum air tilawah kerana kerap mengalami keguguran sebelum ini. Alhamdulilllah setelah amalkan minum air tilawah kini sudah mengandung kembali.

Puan Nurhayati Dit - 0122321645

 

BISTARI & ZABA IKHTIAR LENTURKAN ANAK BERMASALAH

Negeri: Setapak, Kuala Lumpur. Seorang ibu mengalami masalah anak remaja perempuan berumur 15 tahun yang degil, kerap keluar rumah dan suka melawan cakap ibubapa. Beliau berikhtiar dengan menggunakan produk ANNUSYRAH iaitu produk Bistari dan Zaba drop dimasukkan ke dalam minuman dan makanannya selama 2 bulan. Kesannya Alhamdulillah anaknya tidak lagi degil, sudah mahu mendengar kata orangtuanya dan jarang kurang keluar rumah.

Puan Nurhayati Dit - 012 2321645

 

30JQ, ZABA & AIR ASY-SYIFA HILANGKAN MASALAH MURUNG

Negeri: Alor Setar, Kedah. Anak lelaki saya mengalami masalah murung sehingga hilang selera makan, berkurung di dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapapun (termasuk dengan ahli keluarga) serta tidak mahu mandi. Puan Sabariah (stokis ANNUSYRAH di Tandop, Alor Setar) mengesyorkan saya agar berikhtiar dengan produk ANNUSYRAH iaitu produk 30JQ, Zaba (500ml) dan air Asy-Syifa. Saya berikan anak saya minum dan mandi air tersebut selama 2 minggu. Alhamdulillah, anak saya kembali sihat seperti sediakala.

Datin Norma - 04 7358553

 

DRINKING WATER ANNUSYRAH PENAWAR DEMAM

Negeri:Pengkalan Pegoh, Perak.Anak lelaki bungso saya (kini berumur 8 tahun) sering demam sehingga mencecah suhu 40 darjah celcius dan agak lambat semboh. Suatu hari saya terdengar siaran radio di IKIM.fm bercerita mengenai produk air minuman ANNUSYRAH. Saya lantas mencarinya di stokis berdekatan iaitu di Medan Gopeng. Selepas minum hampir sebotol air ini, Alhamdulillah anak saya kebah daripada demam. Sehingga kini saya sekeluarga masih amalkan minum air minuman ANNUSYRAH untuk kesihatan seisi kelaurga. Alhamdulillah ianya tidak mengecewakan dan amat membantu kami sekeluarga.

Puan Ruziah binti Hamzah - 013 5301203

 

Testimoni Pengguna

Ruangan Stokis

Sila klik disini untuk memasukkan testimoni

 

 

www.annusyrahmalaysia.com©powered by jaringan usaha