New Page 1
Kaedah Rawatan Pinggan Putih [Malay] [English] [Arabic]

   

annusyrahshoppe - Gedung Produk Annusyrah-

 

Home

 




Stokis Login

Username :

Password  :

Lupa Password ?

 Masukkan E-mail Anda


STATUS MEMBER


    STOKIS
:
1
    FREE
:
13
TOTAL
:
14

Akaun Syarikat:

5580 3340 3622

 


 

 

 

 

 

TESTIMONI

 

 

Halaman : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

ZABA (500ML) SEMBOHKAN PANAU

Negeri: Pontian, Johor. Saya telah mengalami panau di atas lengan kanan pada bulan Mac 2008. Panau tersebut teramat gatal sekali dan ada bintik-bintik merah yang banyak. Saya kemudiannya diperkenalkan oleh jiran saya dengan produk ANNUSYRAH iaitu air Zaba (500ML). Saya menggunakan air tersebut mengikut kaedah sapu sahaja ditempat berkenaan selama lebihkurang sebulan. Alhamdulillah panau saya sudah tiada lagi dan rasa gatal-gatal juga hilang. Malah kesan panau langsung tidak kelihatan.

Cik Zurida binti Abu Karim - 019 7208801

 

GASTRIK & SENGGUGUT HILANG DENGAN MAEDAH & HAWA

Negeri: Sandakan, Sabah. Saya selalu mengalami gastrik dan juga masalah senggugut. Untuk masalah gastrik saya dinasihatkan oleh Puan Anastasia (stokis ANNUSYRAH Sandakan) agar berikhtiar dengan produk Maedah. Cara guna produk saya titiskan produk Maedah ke dalam air dan kemudian saya bacakan ke atas air tersebut dengan bacaan Alfatihah 1 kali, selawat nabi 3 kali, hajatkan untuk sembohkan penyakit dan minum. Selepas bangun dari tidur Alhamdulillah sakit gastrik saya sudah hilang. Untuk masalah senggugut pula saya amalkan minum Hawa dengan amalan yang sama seperti di atas. Alhamdulillah sakit senggugut makin berkurang.

Cik Salasiah Mohammad - 013 8808827

 

I-DROP HILANGKAN KAHAK DI TEKAK & HAWA CEPATKAN BERSALIN

Negeri: Sandakan, Sabah. Saya mengalami masalah kahak yang terlalu banyak di tekak. Saya dinasihatkan oleh Puan Anastasia (stokis ANNUSYRAH Sandakan) agar mengamalkan minum i-drop yang dicampurkan ke dalam air minuman dan air tersebut saya minum setiap hari. Alhamdulillah... dalam tempoh 3 - 4 hari minum air tersebut kahak saya banyak keluar. Selain itu saya juga amalkan minum air Hawa semasa mengandung. Alhamdulillah saya dapati proses bersalin menjadi cepat & amat mudah.

Pn. Zaleha Usoh - 013 8803233

 

SAKIT DADA SEMBOH BERKAT IKHTIAR DENGAN ZABA & AHMAR

Negeri: Tawau, Sabah. Pada malam hari raya puasa baru-baru ini (2009), takbir raya sedang berkumandang dan saya sibuk membuat persiapan raya tiba-tiba suami (Juani bin Bakidi) mengadu sakit dada sebelah kiri. Beliau susah bergerak kerana terlalu sakit. Saya lantas bagi minum air campuran produk Ahmar dan Zaba yang telah dibacakan Alfatihah, selawat serta telah dihajatkan agar sakit suami reda lantas beri suami minum. Kemudian saya minta suami rehat / tdur. Alhamdulillah selepas 1/2 jam rehat suami saya bangun dan beritahu sakit dadanya telah semboh dan terus menolong saya menyiapkan persiapan raya. Sejak hari itu sakit dadanya sudah tidak menyerang lagi. Sebenarnya suami saya sememangnya kerap mengalami sakit dada sebelum ini. Syukur Alhamdulillah - moga-moga sakit dada beliau tidak menyerang lagi.

Pn Dk Jamilah Pg. Omar - 089 779220 (pej.)

 

MINYAK HABATUS SAUDA ATASI MASALAH RUAM LAMPIN

Negeri: Kuantan, Pahang. Anak saya yang berusia 8 bulan telah mengalami cirit-birit dan mengakibatkan ruam lampin. Walaupun telah menggunakan beberapa jenis krim ruam lampin, namun ruamnya bertambah teruk dan menjadi seperti kulit yang luka. Dia akan menangis setiap kali di basuh dan sentiasa berdarah. Setelah berlarutan hampir sebulan, saya telah menyapukan Minyak Habatus Sauda Annusyrah beberapa kali sehari dalam tempoh 2 hari sahaja. Alhamdulillah lukanya telah kering dan tiada lagi ruam lampin.

Puan Rohaizan bt. Zanudin - 019 388 8008

 

30JQ ATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Negeri: Kuala Lumpur. Saya merupakan Pembantu Penerbitan di UM. Anak lelaki saya pernah terkena gangguan makhluk halus semasa usianya 2 bulan. Alhamdulillah bapa mertua saya telah meminta saya memberikan anak saya minum air 30 Juzuk Quran (30JQ) Annusyrah. Alhamdulillah dengan keyakinan saya kepada Allah, anak saya kini telah sembuh sepenuhnya dan tidak lagi mengalami masalah gangguan walaupun keluar lewat malam. Ini benar2 terjadi dan Alhamdulillah mujarab.

Hamba Allah - 019 5482092

 

I-DROP HILANGKAN KEPERITAN SAKIT TEKAK

Negeri: Taiping, Perak. Sekarang ni bulan November 2009, musim cuti sekolah dan musim orang buat kenduri kahwin. Kat rumah emak saya di Sungkai pulak musim buah. Macam-macam buah ada - rambutan. langsat, chempedak dan raja buah iaitu buah durian pun ada. Saya pulun sakan makan buah dan bila time kenduri makan nasi dan minum air batu pulak. Minum sungguh-sungguh bukannya main-main. Tak lama kemudian tekak sakit macam ada mata kail tersangkut. Alhamdulillah ada i-drop. Saya titiskan 21 titis i-drop terus ke dalam tekak selama 3 kali iaitu berselang 15 minit sekali. Sakit tekak langsung hilang. Syukur yang teramat-amat sangat.

Pn Shafikhah Mohd. Rasidi - 019 5429452

 

ANAK CERDIK DENGAN PRODUK IBU MENGANDUNG @ HAWA

Negeri : Baling, Kedah. Pada tahun 2005 isteri saya mengandung anak pertama dan saya mengesyorkan beliau menggunakan produk HAWA Annusyrah (masa itu nama produknya ialah Ibu Mengandung). Isteri menggunakan produk tersebut sehingga bersalin. Selepas bersalin saya dapati perbezaaan diantara anak lelaki sulung saya ini amat ketara dari segi karakter dan tahap IQ nya dengan anak kedua saya (yang tidak menggunakan produk Annusyrah) Anak lelaki saya ini baru berusia 3 tahun lebih dan tahap IQnya sangat baik berbanding adiknya sejak lahir hinggalah sekarang ini. Beliau juga amat senang dijaga dan tidak banyak kerenah langsung. Sebenarnya bukan saya tidak mahu menggunakan produk Annusyrah untuk anak kedua saya tapi pada masa itu saya terputus bekalan namun bila baru-baru ini saya terdengar siaran di radio Kedah pada bulan Julai 2009 mengenai Annusyrah maka saya terus mendapatkan produk Hawa Annusyrah untuk saya berikan kepada anak saya yang kedua. Mudah-mudahan tahap IQ dan sikapnya akan menjadi setanding sepertimana abangnya. Amiin.

Encik Mohd. Fauzi Mat Hassan - 019 5296296

 

JANTUNG BERDEBAR SEMBOH DENGAN 30JQ

Negeri: Kota Kinabalu, Sabah. Saya, Puan Itah bt. Lajim mengalami masalah jantung berdebar-debar. Ianya berlaku pada tahun lepas selepas keluarga kami kehilangan orang yang tersayang. Penyakit ini hilang apabila saya pergi berubat secara tradisional akan tetapi ia datang semula. Baru-baru ini saya diperkenalkan oleh kawan saya tentang produk annusyrah ni. Saya ikhtiar dengan menggunakan produk 30JQ. Setelah menggunakannya dalam tempoh sehari sahaja saya dapati perbezaan yang amat ketara sekali apabila ianya semakin berkurangan dan telah hilang terus hingga kini. Berkat doa dan keyakinan saya, Allah s.w.t telah menyembuhkan saya hingga kini. Sekarang saya masih terus mengamalkan produk ini untuk kesihatan diri saya. Saya amat bersyukur kerana ada insan yang sudi memperkenalkan saya dengan produk ini. Terima kasih Annusyrah dan pengasasnya.

Puan Itah bt. Lajim - 013 8865025

 

KINI SUDAH BOLEH BERPUASA & MAKAN GUNA TANGAN

Negeri: K.Kangsar, Perak. Masalah saya ialah tangan menjadi keras dan sering kebas-kebas kaki. Saya juga sering berasa lelah. Anak lelaki saya Azman bekerja di kuala Lumpur dan dia menyarankan saya menggunakan produk ini (AHMAR, MAEDAH, 30JQ dan DRINKING WATER)selepas mendengarnya di radio IKIM pada tahun 2008. Alhamdulillah selepas 1 tahun menggunakannya Alhamdulillah kini saya sudah boleh makan menggunakan tangan (sebelum ini makan menggunakan sudu) dan sudah mula boleh berpuasa selama 2 tahun berturut-turut. Syukur Alhamdulillah... banyak berlaku perubahan pada diri saya dan saya terus menggunakan produk ini sehingga sekarang.

Pn. Zaliah Mohd. Zad - 05 7763059

 

Testimoni Pengguna

Ruangan Stokis

Sila klik disini untuk memasukkan testimoni

 

 

www.annusyrahmalaysia.com©powered by jaringan usaha