|
Home

Stokis Login
Lupa
Password ?
Masukkan
E-mail Anda

STOKIS |
|
1
|
FREE |
: |
13
|
TOTAL |
:
|
14 |
Akaun Syarikat:

5580 3340 3622



|
|
|
|
|
TESTIMONI
|
Halaman : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
|
MINYAK HABATUS SAUDA ANNUSYRAH (MHS) SEMBUHKAN KANSER KULIT KUCING |
|
Negeri: Keramat Kuala Lumpur. Kucing tua saya mengidap sejenis penyakit (dikenali sebagai kanser kulit). Badannya berlubang. Kesian dengan kesakitannya saya bawa jumpa doktor veteriner di jalan Cheras. Doktor berkenaan kata setakat ini (2 tahun lepas) tiada ubat @ penawar untuk penyakit tersebut dan doktor cadangkan agar kucing tersebut diberi suntikan untuk memperlahankan kematiannya. Saya minta untuk rawat dengan kaedah tradisional dulu. Saya bawa balik dan sapukan di tangan kucing tersebut dengan MHS Annusyrah yang saya guna. Saya lihat kucing tersebut menjilat MHS setiap kali saya menyapunya. Dalam tempoh tersebut saya perhatikan dibahagian yang berlubang itu sedikit demi sedikit daging tumbuh dan akhirnya menutup semula lubang tersebut. Saya bawa semula kucing tersebut jumpa doktor untuk pastikan status penyakitnya. Doktor sahkan kucing saya sudah semboh dan dia kata "ajaib..." lantas bertanya apakah ubat yang saya bagi kepada kucing saya. Itu cerita beberapa tahun yang lepas. Kini kucing saya sudah mati sebab sakit tua... namun kini saya terus menggunakan Annusyrah sebab yakin dengan keberkesanannya dan jiran-jiran sayapun begitu -juga mneggunakan Annusyrah selepas peristiwa kucing tersebut.
Puan Khatijah Jusri - 016 2826558 |
|
MASALAH MATA (TAK PERLU PEMBEDAHAN) |
|
Negeri: Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Saya Puan Erin, 2 tahun lepas(2007)saya mengalami masalah mata berselaput dan doktor menyarankan mata saya dibedah. Saya berjumpa dengan ibu saudara yang menjual produk Annusyrah di Tapah, Perak. Dia syorkan saya ikhtiar dengan I-drop. Alhamdulillah habis sebotol produk tersebut saya gunakan doktor sahkan mata saya tiada masalah lagi. Dua tahun berlalu, minggu lepas (01hb Oktober 2009) saya berkunjung ke outlet Annusyrah di Kg. Bharu, Kuala Lumpur untuk membeli I-drop sebab masalah mata saya terasa sakit, saya terkejut rupa-rupanya Annusyrah juga ada pelbagai jenis produk lain mencangkupi semua jenis masalah hidup dan penyakit. Selama ini saya ingatkan hanya ada produk i-drop saja. Saya berpendapat mungkin boleh dijadikan satu sumber pendapatan sampingan sambil menolong orang, sambil berniaga. Mungkin saya mahu jadi pengedar kerana produknya amat bagus -terutama sekali produk i-drop (sebab itu satu-satunya produk yang saya sudah guna). Alhamdulillah.
Puan Erin - 013 3192229 |
|
TEKANAN JIWA |
|
Negeri : Peng Chepa, Kelantan. Dalam mengamalkan air Annusyrah berbagai-bagai ujian yang menimpa. Demam,sakit sendi,lenguh,lumpuh & tekanan jiwa. Ianya datang secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Selepas sapu & minum selama seminggu saya bermimpi sekumpulan babi mengepung diri saya lalu saya melarikan diri. Malam berikutnya saya bermimpi lagi, sekumpulan anjing pula mengejar & mengepung saya sehingga badan menjadi letih & lesu. Selepas itu saya terjaga dari mimpi. Selepas semua ini terjadi penyakit dalam diri saya telah beransur baik & pulih seperti biasa.
Azizah Binti Abd Rahman - 05 5331785 |
|
MASALAH TIKUS |
|
Negeri : Miri, Sarawak. Hanya menggunakan Zaba direnjis dibahagian dapur rumah iaitu disekitar dinding dapur rumah. Keesokkan paginya, saya tercium bau busuk seperti bangkai. Apabila saya masuk ke ruangan dapur, saya melihat beberapa tikus telah mati. Saya bersyukur alhamdulillah, sejak hari itu masalah tikus tidak lagi menghantui fikiran saya sekeluarga. Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah tikus atau makhluk perosak supaya beikhtiar dengan produk Annusyrah, Mudah mudahan masalah kita akan selesai. Insya-Allah.
Encik Amir Ismail - 013 9329093 |
|
DEMAM CHIKUNGUNYA |
|
Negeri: Skudai, Johor. Saya seorang guru di Skudai, Johor. Emak saya kena penyakit demam chikungunnya baru-baru ini (bulan 11/2008). Malamnya saya berikan beliau produk 30JQ dan Angin ahmar (setelah disyorkan oleh kawan saya Ustaz Hamezah. Beliau minum dan mandi air tersebut selama 2 hari. Saya terkejut, selepas itu beliau sudah boleh bangun dan beritahu saya bahawa dia sudah sihat. Syukur Alhamdulillah.
Diperkenalkan oleh:Us Hamezah - 019 7502072 |
|
MASALAH BATU KARANG |
|
Negeri: Johor. Saya selalu sakit pinggang ketika tengah sembahyang dan apabila pergi buat pemeriksaan, doktor mengesahkan saya terkena batu karang.Pada usia uzur (60-an) begini saya tidak mampu untuk buat pembedahan.Saya berjumpa dengan Hj.Zahar. Dia mengesyorkan saya berikhtiar dengan produk Annusyrah iaitu Ahmar + Arbee + Bistari lalu saya amalkan setiap satu produk selama 21 hari.Saya selalu buat solat hajat minta supaya saya tidak dibedah dan sihat seperti biasa. Alhamdulillah..., kini saya lebih sihat dan boleh berjalan serta menaiki motor seperti biasa.
Diperkenalkan oleh : Hj.Zahar - 012 6297386 |
|
KOMA |
|
Negeri: Muar, Johor. Saya koma selama 3 hari kerana sakit sawan dan dimasukkan ke hospital. Menurut doktor yang merawat harapan saya untuk hidup seperi biasa mungkin tipis - 90/100. Doktor ingin mengambil air tulang belakang tetapi keluarga tidak mengizinkan. Pada usia muda baru menjangkau 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Rasa terkilan jika saya tidak dapat menjalani tanggungjawab saya. Pada masa itu kak Siti Saira datang menziarahi saya di hospital,lalu ia mengunakan 30JQ disapu pada badan serta dimasukkan sedikit ke dalam wayar minum dan makan. Selepas setengah jam saya boleh bangun dari katil dan saya bertanya kepada diri saya "kenapa saya ada di dalam wad?".. Alhamdulillah.. selepas pemeriksaan doktor, saya disahkan sihat seperti biasa.
Diperkenalkan oleh : Puan Siti - 013 7384155 |
|
LUMPUH @ "STROKE" SEPARUH BADAN |
|
Negeri: Johor. Saya tidak menyangka pada usia 42 tahun adalah usia yang matang tapi kejadian ini menguji saya samada saya kuat untuk menempuh ujian yang di berikanNya.Saya ditimpa penyakit "stroke" separuh badan. Saya dimasukkan ke wad dan di tahan untuk langkah selanjutnya tetapi harapan untuk pulih agak tipis.Hampir separuh badan saya tidak berfungsi lagi serta mulut saya menjadi senget. Ketika itu saya sudah hampir putus asa untuk hidup selama 3 bulan saya menanggung penyakit tersebut. Suatu hari saya bertemu dengan Hj. Zahar dia membuat penerangan mengenai produk Air Annusyarah iaitu Ahmar. Saya ikhtiar selama 21 hari mandi dan minum. Alhamdulillah... kini saya sihat seperti biasa tapi masih ada kesan ke atas diri saya sampai ke hari ini. Ketika itu saya tak dapat bayangkan bagaimana boleh berlaku, dan tuhan saja yang tau bagaimana diri saya ketika itu. Kini saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana menyenbuhkan penyakit ini dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah S.W.T
Hj. Zahar B. Hamidon - 012 6297386 |
|
IKHTIAR UNTUK MENDAPAT ZURIAT |
|
Negeri: Masai, Johor. Sudah hampir 3 tahun saya, Mohd. Ali (bukan nama sebenar) berkahwin tetapi masih belum lagi menimang cahaya mata. Sudah banyak ikhtiar yang saya lakukan tetapi masih lagi menanti jawapan. Akhirnya saya bertemu dengan Tuan Haji Mad Noh, lalu beliau menyarankan saya produk Air Annusyrah iaitu produk Hawa. Dengan penuh yakin saya dan isteri menggunakan produk ini dan memohon saya kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah dengan limpah kurnianya akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Allah S.W.T. Setelah hampir sebulan menggunakannya isteri saya mengandung. Kini sudah hampir 3 bulan usia kandungannya.Saya memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat yang tidak dapat saya gambarkan dan bayangkan betapa gembiranya hati saya. Syukur Alhamdulillah...
Hj Md Noh Hj Salaman - 019 7834152 |
|
ASMA (PERINGKAT PERTAMA) |
|
Negeri: Johor. Anak saya berumur 17 tahun mengidap asma (peringkat awal). Setiap malam dia mengadu demam, panas dan sakit perut. Lalu saya bagi air Syaafin (air BADAK ANNUSYRAH) dan dicampur dengan Maedah selama 7 hari. Kini anak saya mulai pulih seperti biasa. Syukur Alhamdulillah...
Puan Salmah Nasir - 016 7894948 |
|
Testimoni Pengguna
Ruangan Stokis
Sila klik disini untuk memasukkan testimoni
|
|